Portal Industri Keilmuan & Berita Terkini [email:AEA6049@edu.moe.my]

Premium Blogger Themes - Starting From $10
#Post Title #Post Title #Post Title #Post Title #Post Title #Post Title #Post Title #Post Title #Post Title

Perasmian Hari Koperasi SMKSB

Perasmian Hari Koperasi Sekolah telah diadakan pada hari Isnin 19.5.2014.  Perasmian telah disempurnakan oleh YDP PIBG sekolah, Tuan Hj Yaacob Bin Awang Kechik.  Terdapat pelbagai aktibiti sepanjang sambutan hari koperasi sekolah iaitu senamrobik, pertandingan mewarna (kanak-kanak), pertandingan gubahan, explorace, futsal, paintball, cabutan bertuah, pertandingan rekacipta bahan terbuang, gerai jualan, pameran agensi-agensi kerajaan, karnival IPT, pemeriksaan kesihatan dan gigi percuma, kempen menderma darah, pemeriksaan mata dan tayangan filem.
   Selain itu, komitmen agensi-agensi lain untuk turut serta di dalam pameran kali ini, termasuklah pihak PIBG, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Balai Bomba dan Penyelamat Selama, Hospital Selama, Klinik Pergigian Selama, Pejabat Belia dan Sukan Selama, JPAM Selama, Ibupejabat Polis Selama, IPT Awam dan Swasta.

Kemuncak sambutan hari koperasi ialah jualan di gerai-gerai makan pada hari sabtu 24/5/2014 bermula jam 8.00 pagi.

-SEMUA WARGA SEKOLAH, IBUBAPA DAN KOMUNITI SETEMPAT DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2014-