SMK Sungai Bayor antara sekolah yang di pilih untuk melaksanakan Program TIMSS sebagai mewakili Malaysia untuk meletakkan penarafan terbaik matapelajaran Sains dan Matematik di mata dunia. Target Malaysia ialah berada di kedudukan 1/3 teratas di kalangan negara-negara dunia di dalam subjek ini. Oleh itu memilih SMKSB untuk menggalas tugas ini merupakan satu cabaran dan anugerah terbesar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Cabarannya ialah pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh guru-guru matapelajaran sains dan matematik untuk memperbaiki dan meningkatkan keputusan matapelajaran tersebut memandangkan SMKSB hanyalah sebuah sekolah harian biasa. Namun, kami tetap bersyukur kerana KPM sanggup memilih SMKSB untuk menyahut cabaran ini dan ini merupakan anugerah dan pengiktirafan yang sangat tinggi kepada sekolah ini. Sempena dengan cabaran ini, perasmian Program TIMSS telah diadakan dengan meriah dan bersemangat pada 23 Jun yang lalu di hadapan murid-murid dan semua guru semasa perhimpunan mingguan di jalankan.
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata
-
LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir
peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah
dalam serbu...
7 tahun yang lalu
Catat Ulasan