Hari Anugerah & Kecemerlangan Akademik (HAKA) 2014 telah dilangsungkan pada hari khamis , 14 Ogos 2014 bermula jam 2 petang sehingga jam 5 petang. Majlis yang meriah ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Faizol Arbi Bin Mohd Sohor, Setiausaha sulit kepada Timb. Menteri Luar. Kehadiran ibubapa amat menggalakkan untuk melihat sendiri kejayaan anak-anaknya yang telah dianugerahkan dengan sijil dan cenderamata di atas kecemerlangan akademik dan ko kurikulum mereka.
Alhamdulillah, Majlis ini telah berlangsung di dalam suasana yang amat meriah, ceria, anggun dengan hiasan warna-warni dan hebat dengan persembahan anak-anak didik SMKSB.
Diantara anugerah yang disampaikan ialah pelajar SPM terbaik, Pelajar PMR terbaik, Matapelajaran terbaik, Anugerah Kepimpinan Pelajar terbaik, Anugerah Ko-Kurikulum terbaik, Anugerah khas Panitia, Anugerah Khas Guru Terbaik di dalam gerak kerja dan ko-kurikulum dan Anugerah Pelajar Terbaik setiap tingkatan.
Dua persembahan terhebat pelajar sempena majlis ini ialah persembahan Qasidah di bawah pimpinan Ustazah Nor Fadhilah dan persembahan koir di bawah pimpinan guru-guru Bahasa Melayu.
gambar-gambar lain boleh dilayari di sini
Catat Ulasan