Sebagai usaha membentuk sistem pendidikan berkualiti, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan program ‘Guru Penyayang’. Antara lain program ini bertujuan untuk menerapkan amalan penyayang di kalangan para guru dalam melahirkan murid-murid yang berketrampilan,dan berakhlak mulia. Program ini juga diharap dapat membendung salah laku dalam kalangan mereka.
Pelaksanaan ‘Amalan Guru Penyayang’ ini akan dijalankan secara berterusan sehingga menjadi budaya dalam tugasan guru di sekolah.
Program ini telah dilancarkan dan di rasmikan oleh YDP SMKSB iaitu Tuan Haji Yaakob Bin Awang Kechik di dataran merah SMKSB pada 23 Februari 2015. Antara pelancaran lain ialah memotong riben belon sebagai simbolik pelancaran program diiringi oleh Nyanyian Nasyid SMKSB yang akan mengambil bahagian dalam Nasyid Peringkat LMS nanti.
terbaik la guru kaunseling smksb. berpencen la di smksb